KEBANYAKKAN ENTRI DIAMBIL DARI FORWARD EMAIL.
HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH.


Monday, April 20, 2009

pokok dalam paru-paru




Masa kecik-kecik dulu, mak selalu gempak jangan makan buah telan biji,
nanti pokok tumbuh dalam perut......dah pandai fikir sendiri baru tau,
itu cuma gimmik takut kita tercekik masa makan buah tu......tapi cerita
kat bawah ni....mengembalikan nostalgia lama zaman kanak-kanak....


DUNIA
Doktor temui pokok dalam paru-paru

POKOK setinggi lima sentimeter ditemui dalam paru-paru Sidorkin.

Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok fir membesar dalam paru-paru Sidorkin.

IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang
memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya
akan tumbuh dalam perut?


Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di
sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau
setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom
Sidorkin yang berumur 28 tahun.


Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser
Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.


Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya
mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan
ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.


"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya
melihat benda lain.


"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr.
Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.


Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu
bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.


"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit
yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.


Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.


Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian
membesar di dalam tubuhnya.


Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian
lanjut. -

Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...