KEBANYAKKAN ENTRI DIAMBIL DARI FORWARD EMAIL.
HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH.


Friday, May 22, 2009

ANAK PENGSAN KETIKA MENGURUSKAN JENAZAH BAPA

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang
bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh
tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal

dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan.
Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah

berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di
Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat

saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal
ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya,

Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai
kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia

bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di

rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya
diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila

Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya
yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh

tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga...dari mulut,
telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu
dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup

mengerikan...dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi
ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula

anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah
saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"

Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"

"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah

ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun
dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya

itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia

ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan
terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya

tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun
semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar

untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan
pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam
keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan
nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh

Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia
meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa

dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan
tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami

ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga
besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu

menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti
dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi.

Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu
menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan,

tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah
menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham

tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu
macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama
bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya

katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai
wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada

semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti
kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain

daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga
menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi

seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat
keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua

pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi
merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan

plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah
kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut

syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam
keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama.

Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah
Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan

spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh
jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham

itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya, berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang
amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi

tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari
itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah,

lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah
pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh,

kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia
ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu

bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,
busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin

lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari,
orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang...

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup
dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup.

selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan,
saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke

rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang
bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah.

Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia
adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar.

Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan
besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa

yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu
daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.

PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang. Membunuh pula

banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi

perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah
kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber

darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada

rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan

sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya
akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin

saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas

anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang
tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang

melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga

makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.
Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah
S.W.T.
Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada

kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...