KEBANYAKKAN ENTRI DIAMBIL DARI FORWARD EMAIL.
HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH.


Friday, April 23, 2010

Tuan, bukan saya yang wat la..

image

di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..

image

kemudian, benda tu bergerak ke badan

image

rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot?

image

bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm

image

saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni

image

tapi dia xmau, and masih patuk2 saya

image

pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni.

image

tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya

image

saya pun jerit "Oi!rosak nanti, tuan marah lah".

image

dia melawan lak tu

image

masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak

image

akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri

image

oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~

hahahahahahahaha

Tuesday, April 20, 2010

Hutan Aokigahara Paling Menakutkan di dunia

Aokigahara terletak di gunung Fuji, jepun dimana tempat yang paling popular untuk bunuh diri.  digelar sea of trees lebih 500 mayat dijumpai sejak 1950.... 78 mayat dijumpai pada thun 2002... trend ni start bila seorang penulis novel Seicho Matsumoto menulis sebuah novel brtajuk Kuroi Kaiju (black sea of trees) n 2 watak dlm citer tu bunuh diri kat hutan ni.... setiap minggu polis akan buat rondaan dlm hutan ni untuk cari mayat baru....

 

BLOGGER_PHOTO_ID_5458289692938161506 BLOGGER_PHOTO_ID_5458289681020947474 BLOGGER_PHOTO_ID_5458289670225193122 BLOGGER_PHOTO_ID_5458289662481378626 BLOGGER_PHOTO_ID_5458289327719336594 BLOGGER_PHOTO_ID_5458289325190636818 BLOGGER_PHOTO_ID_5458289314491436194 BLOGGER_PHOTO_ID_5458289309570195074 BLOGGER_PHOTO_ID_5458289302315521186 BLOGGER_PHOTO_ID_5458288696568424066 BLOGGER_PHOTO_ID_5458288688943620146 BLOGGER_PHOTO_ID_5458288683956328914 BLOGGER_PHOTO_ID_5458288673899919106 BLOGGER_PHOTO_ID_5458288667339434386

Monday, April 19, 2010

antara anjing dan perempuan bukan muhrim

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING : Wah .. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"



Sedikit Penjelasan:

 


Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

 


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

 


Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Thursday, April 15, 2010

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran


  1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
  2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
  3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
  4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
    ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
  5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '
  6. Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
  7. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
    kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
    'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
    Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
    umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
  8. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
  9. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
  10. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
  11. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
  12. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
  13. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Wednesday, April 14, 2010

Amazing Dress Made From Human Hair

A unique tunic-like dress, made out of countless human hairs, was presented by a model, in the center of Vietnam 's capital, Hanoi .

Human hair appears to be a popular material fro Asian artists. After a Chinese hairdresser recreated Tiananmen Square out of human square, and made a hair sculpture of Barrack Obama, Kim Do, a Vietnamese hairdresser creates a tunic made from hair.

Material for the dress was gathered from 54 different people across Vietnam , including popular local artists like Le Dung, Thanh Lam, Hong Nhung or Ha Kieu Anh. The 1 million meters of hair were then died and sewn into a dress, using a needle. On the front side of this unusual garment, you can see the shape of a dragon, made from long brown hair. Kim Do's hair dress comes with a hat, also made from hair and decorated with the design of Vietnam 's Turtle Tower . A unique tunic-like dress, made out of countless human hairs, was presented by a model, in the center of Vietnam 's capital, Hanoi . Human hair appears to be a popular material from Asian artists. After a Chinese hairdresser recreated Tiananmen Square out of human square, and made a hair sculpture of Barrack Obama, Kim Do, a Vietnamese hairdresser creates a tunic made from hair.

Material for the dress was gathered from 54 different people across Vietnam , including popular local artists like Le Dung, Thanh Lam, Hong Nhung or Ha Kieu Anh. The 1 million meters of hair were then died and sewn into a dress, using a needle. On the front side of this unusual garment, you can see the shape of a dragon, made from long brown hair. Kim Do's hair dress comes with a hat, also made from hair and decorated with the design of Vietnam 's Turtle Tower .

hair_costume (1)hair_costume (3)hair_costume (6)hair_costume (7)hair_costume (5)hair_costume (4)hair_costume (9)hair_costume (8)hair_costume (10)

Thursday, April 8, 2010

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia

  1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
  2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
  3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
  4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
  5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
  6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
  7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
  8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
  9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
  10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
  12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
  14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
  15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
  16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
  17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
  18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
  19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
  20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
  21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Wednesday, April 7, 2010

Earth Day Observed

Saturday March 28, 2009, Many countries observed Earth Hour by dimming lights:

image

The Houses of Parliament in London are seen before Earth Hour...

...and while the lights were switched off for one hour to mark Earth Hour 2010

The Eiffel Tower in Paris before and during Earth Hour

Luna Park in Sydney

The Las Vegas Strip seen before Earth Hour...

...and after the lights were turned off

The Bund on the banks of the Huangpu River before and during Earth Hour in Shanghai

The historic Citadel of Saladin in Cairo is seen before Earth Hour...

...and after the lights were turned off

The Tokyo Tower before and during Earth Hour

Malaysia's landmark Patronas Twin Towers shortly before the lights were switched off for Earth Hour in Kuala Lumpur...

...and during Earth Hour

The Golden Gate Bridge in San Francisco before...

...and during Earth Hour

Antoni Gaudi's La Sagrada Familia in Barcelona with its lights on and after being turned off to mark Earth Hour

The Victoria harbour waterfront in Hong Kong before and during Earth Hour

Jakarta's main business district before and during Earth Hour

St Sava church before and during Earth Hour in Belgrade, Serbia

Berlin's Brandenburg Gate before and during Earth Hour

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...