KEBANYAKKAN ENTRI DIAMBIL DARI FORWARD EMAIL.
HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH.


Thursday, October 28, 2010

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak

Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.


Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.


Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.


Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "mama" dan "papa".


Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.


Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :


  • Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
  • Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
  • Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.


Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.


Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak.


Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :


  • Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
  • Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
  • Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
  • Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
  • Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
  • Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
  • Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
  • Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.


Kesan tidak tahu membaca.


Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.


Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.


Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.


Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.


Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.


Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.


Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.


Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?


Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.


0 hingga 2 ½ tahun

  • mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
  • belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
  • kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
  • rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
  • kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun

  • peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
  • terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
  • perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
  • kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
  • pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
  • mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun

  • perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
  • kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
  • corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
  • mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.


Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.


Membantu kanak-kanak membaca.


Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.


  1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
  2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
  3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
  4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?


Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.


Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.



sumber: http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/777-membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak.html

Wednesday, October 27, 2010

Gempa: 40 maut dalam tsunami di Sumatera

Okt 26, 10 6:17pm



Seramai 40 orang dilaporkan terkorban dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami yang berlaku selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin malam. Perkara itu disahkan pegawai daerah Kepulauan Mentawai, Edison Saleleobaja, lapor Bernama.



Sehingga pukul 2 petang ini, pihak Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) belum memastikan identiti korban dalam kejadian itu. Mereka yang hilang dipercayai melibatkan 10 rakyat Australia dan Jepun yang berada dalam sebuah kapal bernama Southern Cross milik Sumatran Surfariis.


Pihak kedutaan Australia di Jakarta juga yakin bahawa rakyatnya berada di dalam kapal itu. Bagaimanapun BNPB belum mengesahkan kebenaran maklumat itu.
"Maklumat itu sedang kami sahkan, belum jelas maklumat dari lokasi kejadian dan kami masih menunggu," kata Maryadi, petugas BNPB kepada Bernama.



Beliau berkata pasukan daripada badan itu belum berada di Mentawai kerana sedang memberi tumpuan kepada ancaman letusan Gunung Merapi di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah serta banjir di Wassior (Papua Barat). "Tsunami itu berketinggian tiga meter dan meluap hingga 400 meter ke darat," katanya.



Media Online Nasional melaporkan dua perkampungan disapu bersih oleh tsunami yang berlaku di kawasan penggemar sukan luncur air itu, namun Maryadi belum dapat mengesahkan perkara itu.



Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengumumkan gempa bumi berukuran 7.2 pada Skala Richter berlaku pada pukul 9.42 malam Isnin, pada kedudukan 78 kilometer Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai Sumbar, pada kedalaman 10 km.



Badan itu mengeluarkan amaran potensi tsunami kepada masyarakat sejurus selepas gampa itu, namun menarik balik amaran ancaman itu kemudiannya.



Sementara itu AP pula memetik Mujiharto, yang mengetuai pusat krisis Kementerian Kesihatan Indonesia sebagai berkata, gelombang setinggi tiga meter menghanyutkan ratusan rumah di Pagai dan Silabu - yang merupakan sebahagian rangkaian pulau Mentawai.


"Kami ada 200 beg mayat dihantar ke sana, sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.
Indonesia sering dilanda gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana lokasinya dalam Lingkaran Api Pasifik.



Kawasan yang dilanda gempa bumi semalam, berlaku di sepanjang pantai barat Kepulauan Sumatera, yang dilantik gempa 9.1 skala Richter, yang mencetuskan tsunami besar di sekitar Lautan Hindi pada 2004 yang mengorban 230,000 orang di beberapa negara.
Mentawai merupakan pusat luncur popular 280km dari pantai Sumatra. Perjalanan ke pulau tersebut - hanya boleh sampai dengan menaiki bot - mengambil masa 12 jam.


Sekumpulan rakyat Australia berkata mereka berlindung di dek belakang kapal sewa mereka yang berlabuh di teluk berhampiran ketika berlaku gempa bumi itu.


Ia mengakibatkan ombak yang mengakibatkan mereka menghentam sebuah bot lain, dan mengakibatkan kabin mereka terbakar.


"Kami buang keluar apa sahaja yang boleh terapung dan kami terjun ke laut dan bergayut padanya," kata Rick Hallet kepada stesen TV Australia - Nine Network.
"Mujurlah, ada benda yang dapat kami bergayut... dan kami dihanyutkan dan kemudiannya bergantung pada pokok tinggi yang kami temui dan duduk di situ selama satu setengah jam."


Ade Edward, pegawai agensi pengurusan bencana berkata, mayat-mayat ditemui di kampung-kampung di pesisiran pantai - terutama di pulau yang paling teruk dilanda gempa - Pagai - dan 167 orang lagi masih hilang.


Air di beberapa tempat mencecah mencapai paras atap, dan di Muntei Baru - sebuah desa di Silabu - 80 peratus rumah rosak.
Kira-kira 3,000 orang mencari perlindungan di kem-kem kecemasan hari ini, kata Edward. Manakala nasib krew beberapa buah kapal di Lautan Hindi, masih belum diketahui.



Gempa bumi itu juga menggegarkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Sumatera - termasuk Padang - yang dilanda gempa sekuat 7.6 tahun lalu, yang mengorban lebih 700 orang. Masjid-masjid pula membunyikan amaran tsunami melalui pembesar suara.


"Semua orang bergegas keluar rumah mereka," kata Sofyan Alawi, sambil menambah, jalan-jalan menuju ke bukit-bukit di sekitar kawasan itu sesak dengan ribuan kereta dan motosikal.



"Kami sering menoleh ke belakang untuk melihat sama ada gelombang datang," kata seorang lagi penduduk Ade Syahputra.



SUMBER: malaysiakini


miracle drink

This MIRACLE DRINK has been circulating for a long time long long ago. It is worth your while to take note. There is a celebrity Mr. Seto who swears by it. He wants to make it public to draw the attention of people who have cancers.


This is a drink that can protect bad cells forming in your body or it will restrain its growth! Mr. Seto had lung cancer. He was recommended to take this drink by a famous Herbalist from China . He has taken this drink diligently for 3 months and now his health is restored, and he is ready to take a pleasure trip.

Thanks to this drink! It does not hurt for you to try.

It is like a Miracle Drink! It is simple.


You need one potato, one carrot and one apple that combine together to make the JUICE !


Wash the above,cut with the skin on into pieces and put them into the juicer and immediately you drink the juice. You can add some lime or lemon for more refreshing taste.



This Miracle Drink will be effective for the following ailments:

  1. Prevent cancer cells to develop. It will restrain cancer cells to grow.
  2. Prevent liver, kidney, pancreas decease and it can cure ulcer as well.
  3. Strengthen the lung, prevent heart attack and high blood pressure.
  4. Strengthen the immune system
  5. Good for the eyesight, eliminate red and tired eyes or dry eyes
  6. Help to eliminate pain from physical training, muscle ache
  7. Detoxify, assist bowel movement, eliminate constipation. Therefore it will make skin healthy & LOOK more radiant. It is God sent for acne problem.
  8. Improve bad breath due to indigestion, throat infection,
  9. Lessen menstrual pain
  10. Assist Hay Fever Sufferer from Hay Fever attack.

There is absolutely no side effect. Highly nutritious and easily absorbs! Very effective if you need to loose weight. You will notice your immune system will be improved after 2 week routine. Please make sure to drink immediately from the juicer for best effect.



WHEN TO DRINK IT;
DRINK IT FIRST THING IN THE MORNING WITH THE EMPTY STOMACH! AFTER ONE HOUR YOU CAN EAT BREAKFAST. FOR FAST RESULTS DRINK 2 TIMES A DAY, IN THE MORNING AND BEFORE 5 P.M.


YOU WILL NEVER REGRET!

Tuesday, October 26, 2010

tepung gandum

tepung


Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan. Insya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel.



Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya. Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini.



Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu kereta mewah. Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum.



Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Ku**i yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80. Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Ku**i ini? Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Ku**i untuk membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di pasaran. Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Ku**i ini??



Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya. Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.


Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung. Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP.



Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini?? Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di Malaysia yang tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini.



Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak saya untuk mengambil beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan oleh kilang Mr Y bekerja. Saya membuat semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan "Benzoyl Peroxide" di luarnya. Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan ini tertera "mengandungi Benzoyl Peroxide". Mr Y lebih terkejut kerana pada sangkaannya kilang dimana beliau bekerja tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum. Selain terkejut, Mr Y amat malu apabila sangkaannya bahawa kilang tepung tempat beliau bekerja tidak menggunakan BP adalah meleset.



Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan berikut adalah antara dapatan saya:



1. Dari < http://getacnetreat / > http:// getacnetreatments..com/review/benzoyl- peroxide/ Benzoyl Peroxide



Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter. Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low
concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin. It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair.



2. Dari < http://msds/ > http://msds . chem.ox.ac . uk/BE/benzoyl_ peroxide.html
Benzoyl Peroxide



Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.



3. Dari < http://pesticideinf / > http:// pesticideinf o.org/Detail_ Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521


Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity.


4. Dari < http://ptcl/ > http://ptcl .chem.ox.ac .uk /~hmc/hsci/chemicals/benzoyl_peroxide .html


*** Benzoyl peroxide presents a number of hazards.. Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material. Friction or grinding may also be sufficient to make it explode.
*** The compound is very flammable.
*** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful if you swallow it or get it on the skin.
*** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter.



Daripada keterangan dari 4 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :
* Bahan toksik
* Bahan penggalak tumor
* Boleh menyebabkan alahan pada kulit
* Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
* Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.



Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini. Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.
Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masak benar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout. Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini.


· Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang dan hampir tidak ada.



· Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya.


· In sya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom gout yang serius. Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide.


Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. In sya-Allah eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout.



Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit gout. Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana di dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh,


TIPs di < http://emjayjb/ > http:// emjayjb . multiply. com/journal/ item/75.
Pesakit gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kueh mueh yang diperbuat dari bahan ini. Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat agenda sulit mengapa tepung gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia BP ini. Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di dalamnya.



Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali Y***** mengalami ????. Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia . Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.



Sekian wassalam wallahuaqlam


sumber: dari forward emel.


Friday, October 22, 2010

jatuh

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.


Ibu: Jadi?


Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.



Ibu: Awak anak yg baik. [Ibu mencium dahi anaknya]



Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?



Ibu: Siapa?


Anak: Sayalah.


Ibu: ???


Thursday, October 21, 2010

10 Perkara Mengenai Jin

Kuliah Jin Dari Ustaz Ismail Kamus

 

  1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
    (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
  2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
    mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
    terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
  3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak
    Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
  4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
    mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi
    orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
    menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu
    (sambil berseloroh).
  5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
    tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
  6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
    jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
    sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
    sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
    pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit
    jin!!!!
  7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
    bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
    Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
  8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
    tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
    Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
  9. rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
    duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
    membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
    perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
  10. ika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika
    tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau
    pernah jumpa orang yang di rasuk.

 

sumber: http://kumbangjingga.blogspot.com/2010/08/kuliah-jin-dari-ustaz-ismail-kamus.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...